Saturday, March 7, 2015

Ohh...penatnya menjadi pendengar...



Ada masa kita kena mendengar dengan hati apa yang teman ingin luahkan masalah mereka... Dengar dengan hati ..

Saya tidak ramai kawan sebenarnya.Kerana teringat arwah ayah berpesan" ada kawan yang boleh jadi  tetapi ada kawan yang tidak boleh buat kawan".  Jenuh berfikir apa yang ayah maksudkan.

Alhamdulillah kini sy faham apa maksudnya.  Syukur sgt2 ayah berfikiran jauh dan terbuka.Sangat berbeza dgn mak!

Mak suka mendidik kami sering menasihati kami serta mengingatkan jasa orang yang sangat banyak kepada kami . Mereka ini banyak menyokong kehidupan dari pelbagai sudut.   Keihlasan itupenting bukan pujian atau ganjaran yang diharapkan! Bantulah sesiapa saja tanpa prejudis...

Anggaplah apa yang kita lakukan sebagai jariah..

Kini rutin seharian banyakmendengar luahan masaalah kenkawan. Bila mereka gembira ...itulah kebahgiaan .  Kepuasan bagi diri ini! 

Kini seorang teman sedang berdepan suasana sangat tidak menyenangkan..Kuat dia saat ini. Sering dia luahkan 'gelodak jiwanya tika ini' . Doaku semoga Allah sentiasa bersamanya. Jika undang2 tidak dapat menjamin keadilan untuk insan spt kita . Kepada Allah kita berserah!.