Monday, June 15, 2015

Hari _ hari yang berlalu...

Sejak dr mac hingga kini perasaan ini sukar utk digambarkan.  Terasa masa terlalu cepat berlalu.

Selepas spm ..

Kakak kelihatan sgt kecewa dgn keputusannya. Kami diam sja. Ikut sj apa pilihannya. Gagal utk ke matrik 1st intake.  Sedangkan kwn2 yg lain berjaya. Kami keta mungkin afa rezeki yg lain. Aku nampak dia sgt " tertekan". Dlm diam dia mrmohon ke beberapa kolej. Dia ingin mengikuti kursus yg diminati...

Ada satu kolej yg dia nak pergi...x pa le. Kampus di Lembah klang. Ada cawangan di sini. Aku berusaha utk dpt tukar. Dengan pertolongan seorang pensyarah. Dari a_z dia yg uruskan .  Syukur akhirnya berjaya jua.

Tetiba pula dia dpt matrik utk 2nd intake. Keperlis je! Nasib baik dpt kat perlis. Boleh juga p melawat.
Kola x sama juga dgn tinggal di  SABDA!

Wednesday, June 10, 2015

Ke Perlis

resah yang tertinggal..

salam khamis..

Sewaktu sedang memasak..tepon berbunyi, orang jauh rupanya! X jiran ..la ni telah berpindah ke Kelantan. Dia dalam keresahan rupanya.Saban hari tepon berbunyi  ,orang nak beli rumah, nak tolong dll. Saat ini sebenarnya sukar untuk mempercayai sapa2 pun .

Hanya termampu menyuruh menukar nombor tel baru.












Friday, June 5, 2015

alahai sedihnya....

 Salam jumaat..  

Saat ini fikiran begitu berkecamuk. Resah..gelisah ,sedih  silihberganti.

Alam pekerjaan sudah tidakmenyenangkan lagi. Caras mencaras terus berlaku. Sangat tidakbersemangatnya untukmeneruskan lagi. Ingin nak menamatkan saja..bila tgk muka bos..x berapa nak sampai hati!

Semoga ada rezeki di tempat lain dan yg lain..
 Hanya enkau yg maha mengetahui ya Allah..













Saturday, March 7, 2015

Ohh...penatnya menjadi pendengar...



Ada masa kita kena mendengar dengan hati apa yang teman ingin luahkan masalah mereka... Dengar dengan hati ..

Saya tidak ramai kawan sebenarnya.Kerana teringat arwah ayah berpesan" ada kawan yang boleh jadi  tetapi ada kawan yang tidak boleh buat kawan".  Jenuh berfikir apa yang ayah maksudkan.

Alhamdulillah kini sy faham apa maksudnya.  Syukur sgt2 ayah berfikiran jauh dan terbuka.Sangat berbeza dgn mak!

Mak suka mendidik kami sering menasihati kami serta mengingatkan jasa orang yang sangat banyak kepada kami . Mereka ini banyak menyokong kehidupan dari pelbagai sudut.   Keihlasan itupenting bukan pujian atau ganjaran yang diharapkan! Bantulah sesiapa saja tanpa prejudis...

Anggaplah apa yang kita lakukan sebagai jariah..

Kini rutin seharian banyakmendengar luahan masaalah kenkawan. Bila mereka gembira ...itulah kebahgiaan .  Kepuasan bagi diri ini! 

Kini seorang teman sedang berdepan suasana sangat tidak menyenangkan..Kuat dia saat ini. Sering dia luahkan 'gelodak jiwanya tika ini' . Doaku semoga Allah sentiasa bersamanya. Jika undang2 tidak dapat menjamin keadilan untuk insan spt kita . Kepada Allah kita berserah!.

















Saturday, February 14, 2015

minggu yang penuh dengan kesedihan....

Minggu ini rasanya penuh dengan peristiwa sedih yang teramat....


Bermula dengan berita anwar ibrahim akan kembali ke penjara sungai buloh untuk tempoh 5 tahun. Rasanya tiada siapa yang terkejut pun...! Semua sedia maklum dari dulu lagi...

Pernah bertemu dengannya satu masa dulu... Sangat kagum dengan keperibadian serta auranya sangat hebat


Sedih sangat...



Belum reda dgn kesedihan dikejutkan pula kematian pengulas sukan tersohor negara, Datuk Hasbullah Awang.

Zaman dulu kami membesar dengan mendengar RTM. 

Abang hasbul , kak yong , chuari selamat , siti hawa majid( mak nurfarahin jamsari), dan ramai lagi yang masih diingati sehingga kini. Hasbullah lain dr yang lain. ..Bila dia mengulas sukan pasti ramai yang mengingatinya. Cukup bertenaga dan beliau cukup arif dgn satu2 perlawanan itu dan juga pemain serta tarikh2 satu2 perlawanan itu.

Kini hanya tinggal kenangan dan Al-fatihah untuk arwah...


Perginya seorang Murabbi..

Ya Allah...hiba sangat saat mendengar berita TGNA kembali kerahmatullah.
 Lembut tutur katanya , sopan bila berbicara sangat dikagumi sekelian rakyat .  Tiada galang ganti..

Bertuahlah sesiapa yang pernah bertemu dengannya..

Semoga ditempatkan dikalangan para solihin..


























Thursday, January 29, 2015

luangkanlah masa mu...


....seorang teman yang baik sentiasa mendengar dan bersedia untuk membantu ...



Seorang teman yang agak akrab juga ( perasan gitu) sering bertanya kenapa dah lama tak lalu kat cini( sebenarnya dia nak kata...lagu ni...awat tak mai cini!) . Buat pandai je...


Tak 'dan' jawapan selamat ( takut dia berkecil hati).. Pergerakannya diperhatikan..ada cubaan untuk melanggarnya. Pasti ada yg ingin dia kongsikankepada saya.

Sy cuma menginggatkan( x layak nak bg nasihat) supaya dia lebih berwaspada dan peka dgn keadaan sekeliling biar bergerak.

Semoga Allah jua yang mampu melindungi mu duhai teman!












rindu sangat...kat tice rozita..!



Saban hari sya akan melalui jalan depan rumahnya.  Jika sebelum tuan rumah jatuh sakit dia pasti akan menyapa sy bila lalu depan rumahnya. Mereka 3 beranak selalu membersihkan kawasan luar rumah bila cuti. Pasti dia akan senyum bila sya membalas sapaannya. Suka tengok dia senyum..biar pun ada luka dihatinya!

Semenjak tahun lepas hanya sekali sempat berbual dgnnya sewaktu meninggu anak pulang dr sekolah.  Kesepiannya bila anak tinggal diasrama..Sy cuma mendengar saja .Biarlah dia je yg bercakap.  Setiap kali terjumpa walau dimana sekalipun pastinya dia akan bertanya tentang sikembar yg sebaya anaknya.  Kembar ok je..biarpun sorang di Perak dan sorang lagi bersama saya.

Lama tak nampak wajahnya.  Baru ini sy sgt terkejut bila dia sakit yg sukar untuk dipercayai!.  Kembar sy kata cikgu yus( mak rakan mereka) p melawat. Bila saffiberitahu sakit mcm abang din sy susah hati. Tidak boleh ditinggalkan bersendirian, bila jumpa benda tajam dia hendak menusuk perutnya sendiri...nauzubillah...

Bertabahlah wahai keluarga yang menjaganya.. Saya sentiasa mendoakan semoga Allah melindungimu dan kembali spt dulu2.  Bagi 'insan' yang menginaya mu ...ingatlah ! Langit tidak selalu cerah!

Allahmendengar rintihan hambanya!

Lepaskanlah dia dgn cara baik2.. kesian kat anak2mu. Jangan kau jadikan temanku itu sebagai ATM dan kain buruk !

Kembalilah ....duhai teman..















Saturday, January 24, 2015

alahai....


Minggu ini agak sibuk sikit je...Masih punya masa utk yg lain. Semalam sempat melawat kakak di Dusun Resort Kuala Nerang. Selang seminggu kami pergi jenguk dia.  Nak mengembirakan hati dia. 5 tahun di SABDA kami x pernah p melawat dia dihujung minggu. Hanya opah dan makcik/pakcik dan opah/ sedara je yg memantau dia!

Kini dia dah abis SPM dan tunggu result je...              

Ptg ni ada perjumpaan waris tahun 6.  Saat ini sangat ditunggu kerna dpt jumpa kawan2 dan guru2 anak.  Boleh bertanya khabar disamping dpt apa yg anak2buat kat sekolah. Mudah2an anak boleh berjaya spt orang lain!















Monday, January 19, 2015

erti kepayahan

Pagi ni pekerja en. ldaman singgah mengambil sampah daun yg dikumpulkan semalam. Rupanya mereka akan kutip setiap hari. lngatkan rabu dan ahad saja.  Sya kluar tgk mereka...sb mereka mengambil buah mengkudu tepi rumah.  Nak buat ubat katanya . Sy angguk kepala je, memang ramai yang singgah ambil buah mengkudu tu.  Ambillah berapa banyak pun...hanya itu yg mampu sya lakukan. 


Tika lori nak bergerak mereka bertanya... mana petiais yng nak buang tu?  Ooo..o anak tak angkat lagi jawab ku. Rasanya mereka bimbang kolo dah jual.









Sunday, January 18, 2015

masa oh masa...



masa yang lalu...tak akan kembali.

kita yang mempunyai anak sibuk menghitung hari...bila agaknya masa yang kita lalui saban hari akan berubah...!

bagi insan yang tidak mempunyai anak setiap detik sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan zuriat secepat mungkin. ..

kosonglah hidup ini jika rumahtangga tidak mempunyai zuriat buat penyeri rumahtangga.

Rakan2 ku dulu terlalu takut jika mereka tiada anak... sapa nak jaga bila hari tua....!  Ada juga yang takut jika jantina anak adalah sama.  Kenapa kita masih berfikir begitu. Telah diatur olehNya sebaik mungkin kehidupan .  Hanya kita saja yang tak mampu berfikir!

Bila jumpa rakan lama pasti ada yang berkata...awak lainlah...anak lelaki ada , perempuan ada dan ada anak kembar..Itulah rezeki dari Allah..syukur !

Begitulah masa terlalu jauh meninggalkan kita semua.. Kini anak2 telah meningkat remaja. Semakin hari terasa semakin singkat bimbang jika semakin menghampiri kegarisan penamat. .Bekalan tak cukup lagi.

Kepayahan hidup ini kadangkala boleh menjadikan kita lebih menghargai masa!  Mengenangkan













Sunday, January 11, 2015

sekolah dah bermula...



Rasanya pagi ni semua ibu2 memulakan tugasan spt selalu. Menyediakan semua keperluan anak2..dan yang penting anak2 sempurna ke sekolah . Hari ini semua sekolah di Kedah memulakan sesi persekolahan spt biasa.

 Hanya MRSMF saja yng akan mendaftar pada 12jan. Anak ku telah bertolak kePerak petang ni. Bermalamdi rumah opahnya.  Seronok tak terkira bila cucunya kembali ke sekolah.

Yang tinggal diPLKN selamat ulangtahun. Semoga berjaya....




10..11..12 jan 2015

10,11..12 jan 2015

Thursday, January 1, 2015

banjir oh banjir..

Musim banjir tiba lagi.  Banyak dilanda banjir yang agak teruk tika ini. Telah sekian lama aku tidak lagi terkena banjir. Syukur sangat2.

Di tv terlihat kepayahan dan segala kemusnahan akibat banjir yng agak teruk saat ini. Tiada sapa yang menduga ianya berlaku sebegitu.  Teringat semasa kami kecil dulu bila tiba penghujung tahun, semua orang kg akan membuat persediaan yang rapi. Tahun 70an rata2 masyarakat yang tinggal di persekitaran persisir sungai perak kurang berada.  Rata2nya miskin . Termasuk kami. Tapi apa yang dipelajari dari situ ialah bersedia apa yang patut.

Mak akan menyimpan semua dokumen yng penting dalam plastik dgn kemas. Kumpul kayu api ditempat tinggi. Beras mencukupi dan segala keperluanyg lain. Biasanya musim tengkujuh hujanturun saban hari kadang2 tanpa henti. Tak dapat keluar untuk bekerja..

Biasanya kami adikberadik akan duduk ditepi tingkap sambil melihat hujan turun dengan seronoknya. Adakalanya juga akan menadah tangan ditingkap supaya air hujan jatuh ke telapak tangan... Aduiii bestnya waktu itu.

Yang tak bestnya bila tiba ribut...pokok melintuk liuk ada yang tumbang dan tercabut. Kami semua akan berkumpul dibawah rumah. Senang untuk menyelamatkan diri! Masa tu hanya tuhan saja yang tahu perasaan tika itu.

Bila air sungai hampir melimpah kedarat perasaan mula tidak keruan kerana sang buaya akan keluar. Bimbang jika naik ke darat.Tapi kini cuma tinggal kenangan saja...






























2015..

selamat tahun baru 2015...

 masih lagi berkesempatan meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini.


1jan 2015..
 pendaftaran untuk form 2 smkgc.

 masih meneruskan jahitan yng masih berbaki lagi.