Thursday, January 1, 2015

banjir oh banjir..

Musim banjir tiba lagi.  Banyak dilanda banjir yang agak teruk tika ini. Telah sekian lama aku tidak lagi terkena banjir. Syukur sangat2.

Di tv terlihat kepayahan dan segala kemusnahan akibat banjir yng agak teruk saat ini. Tiada sapa yang menduga ianya berlaku sebegitu.  Teringat semasa kami kecil dulu bila tiba penghujung tahun, semua orang kg akan membuat persediaan yang rapi. Tahun 70an rata2 masyarakat yang tinggal di persekitaran persisir sungai perak kurang berada.  Rata2nya miskin . Termasuk kami. Tapi apa yang dipelajari dari situ ialah bersedia apa yang patut.

Mak akan menyimpan semua dokumen yng penting dalam plastik dgn kemas. Kumpul kayu api ditempat tinggi. Beras mencukupi dan segala keperluanyg lain. Biasanya musim tengkujuh hujanturun saban hari kadang2 tanpa henti. Tak dapat keluar untuk bekerja..

Biasanya kami adikberadik akan duduk ditepi tingkap sambil melihat hujan turun dengan seronoknya. Adakalanya juga akan menadah tangan ditingkap supaya air hujan jatuh ke telapak tangan... Aduiii bestnya waktu itu.

Yang tak bestnya bila tiba ribut...pokok melintuk liuk ada yang tumbang dan tercabut. Kami semua akan berkumpul dibawah rumah. Senang untuk menyelamatkan diri! Masa tu hanya tuhan saja yang tahu perasaan tika itu.

Bila air sungai hampir melimpah kedarat perasaan mula tidak keruan kerana sang buaya akan keluar. Bimbang jika naik ke darat.Tapi kini cuma tinggal kenangan saja...






























No comments:

Post a Comment